Rabu, 20 Mac 2013

KEJOHANAN HOKI MSSD(R) 2013


Pertandingan telah diadakan pada 19 hingga 21 MAC 2013 bertempat di SJK(T) Sungai Buaya. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 9 pasukan perempuan telah mengambil bahagian.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

LELAKI:

JOHAN        : SK RTB BUKIT CHANGGANG(A)
N.JOHAN   :  SJK(T) TELOK PANGLIMA GARANG
KETIGA      :  SK JUGRA(A)
KEEMPAT   :  SK JUGRA(B)

PEREMPUAN:

JOHAN        : SK RTB BUKIT CHANGGANG(A)
N.JOHAN   :  SK JUGRA (A)
KETIGA      :  SK OLAK LEMPIT
KEEMPAT   :  SJK(T) SUNGAI MANGGIS

Majlis Perasmian Penutupan dan  Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Zulkifli Bin Mohamad, Ketua Penolong PPD Kuala Langat ,Pembangunan Kemanusiaan.

Gambar aksi sepanjang kejohanan boleh disaksikan di sini.

JOHAN(LELAKI)
JOHAN(PEREMPUAN)
P.GOL TERBAIK(L)
PEMAIN TERBAIK(P)
P.GOl TERBAIK(P)
PEMAIN TERBAIK(L)













RANGKUMAN PERLAWANAN AKHIR:
LELAKI : SK RTB VS SJKT TPG



GAMBAR LAIN AKAN MENYUSUL


Rabu, 6 Mac 2013

SEKOLAH DILANDA RIBUT KALI KE-2

Kejadian ribut melanda SJK(T) Sungai Buaya buat kali kedua pada 3 MAC 2013 Jam 5.00 petang. kejadian kali pertama berlaku pada 15 Julai 2010 yang lalu..

Dalam kejadian ini, sebahagian besar bumbung Blok A yang terdiri daripada pejabat, bilikGPK, bilik komputer, bilik guru dan sebuah kelas serta kantin terlibat dalam kerosakan. Air hujan yang turun mencurah-curah telah merosakkan banyak fail guru, buku latihan murid, rak, komputer, perabot dan sebagainya.

Pengarah Pelajaran Selangor, Tn, Hj. Mahmud Bin Karim serta pegawai dari JPN Selangor turut melawat ke lokasi kejadian. Turut serta ialah Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Pn. Hajah Foziah Bt. Mohd. Azahari  dan Pegawai Unit Pembangunan PPD Kuala Langat. Selain itu, ADUN Morib, Tn.Hj.Hasiman Bin Sidom turut turun padang bersama jurutera JKR Kuala Langat. Beliau telah sudi menyumbangkan RM 1000 kepada pihak sekolah. Penyelaras Pembangunan Persekutuan, Dato' Haji Sulaiman bin Mohd. Karli turut melawat ke tempat kejadian dan bermurah hati menyumbangkan RM 1000. Tidak lupa juga pihak kuil yang meyumbangkan RM 500 serta individu yng mendermakan RM 200 serta 2 unit komputer dan pencetak.

PPD Kuala Langat telah mengambil langkah segera pada pagi ISNIN dengan mengarahkan pihak kontraktor menggantikan bumbung yang rosak. Kerja-kerja penggantian selesai pada jam 7.30 malam hari yang sama.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepaa semua pihak yang amat prihatian dan banyak membantu menyelamatkan harta benda pada hari kejadian serta yang telah dan akan memberikan sumbangan.

KEJADIAN 2013




KEJADIAN 2010










Rabu, 30 Januari 2013

PEYAMPAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan peringkat SJK(T) Sungai Buaya telah diadakan pada hari Rabu , 30 JANUARI 2013. Majlis ini turut dihadiri ADUN MORIB, Tn.Hj.Hasiman Bin Sidom dan En.Sofian Bin Abdul Halim, wakil PPD Kuala Langat. 

Beliau menjelaskan banyak lagi bantuan lain yang akan diterima oleh rakyat Malaysia seperti BR1M RM 500,  Baucar Buku RM 250 untuk pelajar Universiti dan Pra-U,  RM 250 untuk orang Bujang berpendapatan kurang RM 2000 dan rebet untuk pembelian telefon pintar.

Dalam ucapannya, beliau menyeru ibu bapa agar menggunakan wang bantuan persekolahan ini untuk faedah anak-anak seperti menjelaskan semua bentuk bayaran berkaitan persekolahan anak-anak yang masih belum dibayar.

Akhirnya, beliau menyeru semua ibu bapa untuk memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dalam menjayakan semua aktiviti yang dijalankan demi untuk anak-anak.


Rabu, 16 Januari 2013

PROGRAM MAJU DIRI 2013

Program Maju Diri 2013 telah dia dakan pada  8 dan 9 Januari 2013. Program telah dirasmkikan oleh Puan A.Saraswathy, Guru Besar SJK(T) Sungai Buaya. Semua guru telah terlibat dalam menjayakan program yang telah dirancang. Pelbagai aktiviti berkumpulan telah dijalankan. Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berkeyakinan, bijak mengurus masa, menggalakkan semangat kerjasama serta mewujudkan semangat kerjasama. Turut diadakan adalah ceamah motivasi yang telah disampaikan oleh Encik Vadivel, bekas guru penolong kanan SJK(T) Taman Permata, Dengkil Beberapa keping gambar sempat dirakamkan selama  2 hari aktiviti dijalankan.