Ahad, 21 November 2010

Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman web KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010.


SILA KLIK :
http://apps.emoe.gov.my/kdp/ppg/

Jumaat, 19 November 2010

HARI PENYAMAPIAN HADIAH 2010

Majlis tersebut telah diadakan pada 19 NOVEMBER 2010 bermula jam 8.30 pagi. Majlis diadakan secara kecil-kecilan sahaja.......

Beberapa gambar untuk tatapan semua. Selamat menonton.


SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID dan GURU.


Isnin, 15 November 2010

ANALISIS UPSR 2010


ANALISIS UPSR 2010.
Tiada istilah LULUS atau GAGAL dalam UPSR sebaliknya yang ada ialah MENGUASAI dan TIDAK MENGUASAI.


Tambah Imej

Ahad, 14 November 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Tahniah kepada semua guru atas kerjasama untuk meningkatkan pencapaian UPSR 2010. Apa juga keputusannya, murid adalah faktor utama yang menentukan kejayaan mereka. Guru hanyalah sebagai pembimbing.

Analsis lengkap akan menyusul kemudian.

Ahad, 22 Ogos 2010

PERHIMPUNAN PAGI/PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-53








TARIKH: 23 OGOS 2010(ISNIN) GURU BERTUGAS : Cik Packialetchumy TAJUK : Kemerdekaan

Perhimpunan ini digabungkan dengan pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-53. Majlis diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Antara aktivit yang diadakan ialah:

1. Ucapan Guru Besar
2. Ucapan Guru Bertugas
3. Nyanyian Lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.
4. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan.
5. Mengibar dan memasang jalur gemilang di sekitar kawasan sekolah.

"1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"






Rabu, 18 Ogos 2010

PEMANTAUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN OLEH PPD KUALA LANGAT






Pada 19 OGOS 2010(KHAMIS), Pemantauan Pengurusan Pentadbiran telah dilakukan oleh PPD Kuala Langat yang diketuai oleh Encik Mohamad Arof Bin Tuban, Pegawai Perhubungan dan Pendaftaran dan EN SARJANI BIN SHARIF, Penyelia Sekolah Rendah.

Pemantauan melibatkan aspek pengurusan fail pentadbiran sekolah.



MINGGU UJIAN BULANAN 2

Sepanjang minggu in, Ujian Bulanan 2 akan diadakan. Pada hari SELASA 17 OGOS, Penolong PPD Akademik En. Yusri dan Ustaz Rosenin telah datang ke sekolah untuk mengadakan perbincangan dengan Pentadbir dan juga semua guru Tahun 6.

Rabu, 4 Ogos 2010

LATIHAN PUSAT/PEMILIHAN PEMAIN KABADDI KUALA LANGAT




Tarikh: 4-6 OGOS 2009
Tempat: SJK(T) Sungai Buaya

Pertandingan peringkat negeri akan diadakan pada 7-8 Ogos di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.

Selasa, 27 Julai 2010

MINGGU YANG MENYEKSAKAN

Minggu yang menyeksakan bagi guru-guru di sekolah ini. Terpaksa menjaga kelas dari 7.45pg hingga waktu balik. Ramai guru berkursus dan mesyuarat. Inilah nasibnya guru-guru di SKM yang muridnya lebih drp 100 org.

Guru Yang tiada di sekolah :

ISNIN: En.Tanasegar, Pn. Krishna Kumari,
SELASA: En. Tanasegar, Pn. Krishna Kumari, Cik Packia, Pn. Pushpa, Pn. Vanaja dan Guru
Besar.( Kelas ada 6 TETAPi guru ada 5 orang shj)
RABU : En.Tanasegar, Pn. Krishna Kumari,Cik Packia, Pn.Vanaja,Guru Besar
(Ko kurikulum dan kelas tambahan dibatalkan)
KHAMIS :En.Tanasegar, Pn. Krishna Kumari,Cik Packia
JUMAAT :En.Tanasegar, Pn. Krishna Kumari,

Jumaat, 23 Julai 2010

PERASMIAN BENGKEL SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SJKT



TARIKH : 24 JULAI 2010 (SABTU)
TEMPAT : INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN(ILP) JUGRA
MASA : 8.00 PAGI-1.00 T.HARI

Peserta : Semua Warga Guru SJK(T) Daerah Kuala Langat.
PERASMI : Tuan PPD Kuala Langat


Diharapkan selepas bengkel ini, semua SJK(T) Daerah Kuala langat akan mencapai taraf Sekolah Berprestasi Tinggi dan tiada lagi masalah dalam pentadbiran.

Selamat Berbengkel

DATA MURID TERKINI


Khamis, 22 Julai 2010

KEPUTUSAN PTK JUN 2010

Keputusan telah dumumkan pada hari KHAMIS. Syabas kerana semua mendapat keputusan keseluruhan 3. Jangan kecewa. Cuba lagi tahun hadapan. Hanya 4% daripada lebh 1700 orang guru yang berjaya mendapat Aras 4 di Daerah Kuala Langat.

KERJA BAIK PULIH BUMBUNG



Kerja baik pulih bumbung sekolah dan kantin yang rosak akibat bumbung telah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh PPD. Malangnya, kita tidak akan dapat gantian"awning" yang telah rosak.

Selasa, 20 Julai 2010

PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS BAHASA MALAYSIA



Tempat : SJK(T) Sungai Manggis
Tarikh: 21 JULAI 2010
Masa : 2.30 ptg
Guru Pengiring: En. Kamalapathan

Wakil Sekolah : Nathan dan Tharshini.

Selamat menjawab. Harap dapat kedudukan 5 terbaik.


KEPUTUSAN PERTANDINGAN :

NATHAN : Tempat Kedua-TAHNIAH
THARSHINI : SAGU HATI