Jumaat, 15 November 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013

Keputusan UPSR 2013 telah dimumkan pada 14/11/2013 hari Khamis. Secara keseluruhannya, berlaku sedikit penurunan dari segi peratus keseluruhan. Namun, masih ada seorang calon mendapat 7A dan 5A 2B. Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama yang telah diberikan.

Berikut adalah keputusan penuh UPSR 2013. Analisis lengkap boleh dilihat dalam ruangan KURIKULUM.


Khamis, 14 November 2013

RIMUP 2013

        Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) Kumpulan 3  telah diadakan di SJK(T) Sungai Buaya pada 8 hingga 9 September 2013.
        Empat buah sekolah telah terlibat iaitu SK Sungai Buaya, SK Bandar, SJKC Tiong Nam dan SJKT Sungai Buaya. Seramai  80 orang murid telah terlibat dalam Program Perkhemahan yang telah dijalankan.
        Objektif utama program adalah untuk mewujudkan sikap kerjasama, bersatu padu dan harmoni dalam kalangan semua kaum. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kaum dan berkongsi kebudayaan, kepakaran dan kegembiraan semasa melakukan aktivti.
        Majlis pentupan rasmi telah dilakukan oleh Yang Berbahagian, Tn. Hj. Zulkifli Bin Mohamad, Ketua Penolong PPD Kemanusiaan, PPD Kuala Langat.


























SUKANEKA 2013

SUKANEKA 2013 telah dijalankan pada 12 OKTOBER  2013(Sabtu). Walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan, KECUALI acara lari terus,  semua acara telah berjaya dilaksanakan termasuk di dalam dewan. Program bermula pada pukul 8,.30 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.