Pada 14 APRIL 2012-SABTU, kontraktor yang telah dilantik oleh JKR telah membina dua buah bonggol di atas jalan raya berhadapan sekolah. Pembinaan bonggol ini adalah susulan daripada perbincangan antara ADUN Morib, JKR, Guru Besar dan ibu bapa yang telah diadakan 3 minggu sebelumnya. Diharapkan dengan adanya bonggol tersebut, kenderaan yang lalu lalang di hadapan sekolah akan memperlahankan kenderaan mereka demi keselamatan murid-murid.
Porgram "LESSON STUDY" iaitu P&P Matematik telah dilaksanakan pada hari ini 4 APRIL 2012 untuk murid Tahun 6. Guru yang terlibat ialah Puan Krishna Kumari . Turut menjadi pemerhati ialah GPK 1, Pn.Jeyalechimi dan juga Pn. Kathamah(SJKT SPG MORIB) dan Pn. Saraswathy(SJKT JUGRA).