Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan peringkat SJK(T) Sungai Buaya telah diadakan pada hari Rabu , 30 JANUARI 2013. Majlis ini turut dihadiri ADUN MORIB, Tn.Hj.Hasiman Bin Sidom dan En.Sofian Bin Abdul Halim, wakil PPD Kuala Langat.
Beliau menjelaskan banyak lagi bantuan lain yang akan diterima oleh rakyat Malaysia seperti BR1M RM 500, Baucar Buku RM 250 untuk pelajar Universiti dan Pra-U, RM 250 untuk orang Bujang berpendapatan kurang RM 2000 dan rebet untuk pembelian telefon pintar.

Dalam ucapannya, beliau menyeru ibu bapa agar menggunakan wang bantuan persekolahan ini untuk faedah anak-anak seperti menjelaskan semua bentuk bayaran berkaitan persekolahan anak-anak yang masih belum dibayar.
Akhirnya, beliau menyeru semua ibu bapa untuk memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dalam menjayakan semua aktiviti yang dijalankan demi untuk anak-anak.