Jumaat, 15 November 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013

Keputusan UPSR 2013 telah dimumkan pada 14/11/2013 hari Khamis. Secara keseluruhannya, berlaku sedikit penurunan dari segi peratus keseluruhan. Namun, masih ada seorang calon mendapat 7A dan 5A 2B. Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama yang telah diberikan.

Berikut adalah keputusan penuh UPSR 2013. Analisis lengkap boleh dilihat dalam ruangan KURIKULUM.


Khamis, 14 November 2013

RIMUP 2013

        Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) Kumpulan 3  telah diadakan di SJK(T) Sungai Buaya pada 8 hingga 9 September 2013.
        Empat buah sekolah telah terlibat iaitu SK Sungai Buaya, SK Bandar, SJKC Tiong Nam dan SJKT Sungai Buaya. Seramai  80 orang murid telah terlibat dalam Program Perkhemahan yang telah dijalankan.
        Objektif utama program adalah untuk mewujudkan sikap kerjasama, bersatu padu dan harmoni dalam kalangan semua kaum. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kaum dan berkongsi kebudayaan, kepakaran dan kegembiraan semasa melakukan aktivti.
        Majlis pentupan rasmi telah dilakukan oleh Yang Berbahagian, Tn. Hj. Zulkifli Bin Mohamad, Ketua Penolong PPD Kemanusiaan, PPD Kuala Langat.


























SUKANEKA 2013

SUKANEKA 2013 telah dijalankan pada 12 OKTOBER  2013(Sabtu). Walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan, KECUALI acara lari terus,  semua acara telah berjaya dilaksanakan termasuk di dalam dewan. Program bermula pada pukul 8,.30 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.















Isnin, 9 September 2013

Sejarah Pengakap Selangor


Sejarah pergerakan pengakap negeri Selangor Darul Ehsan turut meliputi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sempena penubuhan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Majlis Pengakap Negeri Selangor dan Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan rasminya menjadi dua entiti yang berasingan mulai 27 Februari 1974. Upacara pengisytiharan telah diadakan di Kem Kotaraya, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.Pejabat pentadbiran pengakap Selangor terletak di Kem Kotaraya, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kem ini lebih dikenali dengan nama ' Castle Camp ' kerana bentuk bangunannya yeng meyerupai sebuah 'castle' seperti bentuk bangunan lama di England. Pihak kerajaan telah memberikan kawasan ini yang merupakan bekas tapak projek hospital yang telah dibatalkan kepada pergerakan pengakap untuk latihan berpengakap pada tahun 1933.Pada tahun 1934, ahli-ahli pengakap telah berusaha keras memperindahkan bangunan Kem Kotaraya yang terbengkalai bagi meraikan lawatan Lord Baden-Powell ke Malaya. Lawatan Lord Baden-Powell, pengasas pergerakan pengakap telah mencatatkan beberapa detik sejarah penting kem tersebut. Lord Baden-Powell telah meninggalkan kesan tapak kaki dan juga kasut beliau di kem tersebut. Beliau dan ahli rombongannya yang terdiri daripada Lord Rowallan, Ketua Pengakap Dunia, dan Sir Charles Maclean bekas Ketua Pengakap Komenwell turut menanam pokok di sekitar kem tersebut.Pergerakan pengakap di Malaysia tidak dapat melupakan jasa bakti seorang pegawai perkhidmatan pendidik Inggeris bernama Frank C. Sands, MBE, FRAS yang terlibat dengan pengakap di England, Malaya dan Singapura selama 38 tahun bermula dari tahun 1908 hingga 1948. Beliau telah menjawat jawatan Pesuruhjaya Pengakap untuk cawangan Malaya dalam tempoh tersebut. Beliau memulakan pergerakan pengakap di Singapura pada tahun 1910 dengan dua kumpulan terdiri daripada 30 orang ahli pengakap. Tahun 1910 adalah satu detik penting sebagai tanda berkembangnya pergerakan pengakap di Malaysia.Pergerakan pengakap mula diperkenalkan di Selangor pada tahun 1909 dengan tertubuhnya satu kumpulan pengakap di Victoria Institution ( VI ) - Sekolah Victoria pada 15 Mac 1909 dan diikuti dengan penubuhan pengakap di Sekolah St. John dan Sekolah Methodist, Kuala Lumpur tetapi pergerakan di dua sekolah ini kurang cergas dan dibubarkan pada tahun 1913. Pembubaran kumpulan pengakap ini menyaksikan perjalanan pengakap begitu malap sehingga tahun 1926.Pada bulan Mei 1926, Persekutuan Tempatan ( Local Assosiation ) Selangor telah ditubuhkan yang tarafnya sama dengan Majlis Pengakap Negeri pada hari ini. Encik J.R. Kellam telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah ( jawatan Pesuruhjaya Daerah pada masa itu adalah setaraf dengan jawatan Pesuruhjaya Negeri pada hari ini ) dan Encik Ameen Akbar sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah. Encik Ameen Akbar telah menubuhkan bahagian kelana ( rover ) pada tahun 1926. Pergerakan pengakap semakin berkembang melalui usaha gigih Encik Ameen Akbar yang memperkenalkannya di sekolah-sekolah Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1925 dan diikuti oleh sekolah-sekolah Melayu di luar Kuala Lumpur kemudiannya. Pergerakan pengakap turut berkembang ke sekolah-sekolah Cina dan Tamil di Selangor.Dua tokoh penting yang membawa pergerakan pengakap ke sekolah-sekolah Melayu ialah Encik Ameen Akbar dari Selangor dan Encik S.M Zainal Abidin dari Pulau Pinang. Mengikut pendapat F.C Sands, Encik Ameen Akbar adalah tunggak utama pergerakan pengakap di Selangor pada masa itu .Encik Ameen Akbar dan Encik S.M Zainal Abidin berusaha keras memberi latihan kepada guru-guru Melayu. Beberapa buku pengakap telah diterjemah ke bahasa Melayu oleh Encik S.M Zainal Abidin. Usaha menterjemah buku-buku pengakap ini banyak membantu meningkatkan lagi perkembangan pergerakan pengakap di sekolah-sekolah Melayu.Antara tokoh-tokoh lama yang telah banyak menyumbangkan tenaga kepada pengakap di Selangor termasuklah Encik Marcus Dukes, Encik Westrop, Encik Burton, Encik Lancaster dan Kapten Headlam yang kesemuanya pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya Daerah Selangor sebelum perang dunia kedua dan diikuti oleh Encik G.D Muir selepas perang. Anak-anak tempatan juga tidak kurang ketokohan mereka dalam memajukan pergerakan pengakap di Selangor. Antaranya ialah Encik Ameen Akbar. Encik Yusof Ahmad, Kapten Mohamad Ali yang merupakan anak tempatan pertama menjadi Pesuruhjaya Negeri Selangor. Selepas Kapten Mohamad Ali, jawatan Pesuruhjaya Negeri Selangor disandang oleh Encik Ng Khiew Tin, Encik Victor, Encik Phang Piang Pah, Encik Ibrahim bin Samad, Tuan Haji Zainuddin bin Jantan, Tuan Haji Karim Ahmad, Tuan Haji Akasah bin Haji Taib dan sekarang Tuan Haji Ishak bin Jonid.Perkembangan pergerakan ke daerah-daerah di negeri Selangor turut lancar dengan penubuhan pergerakan pengakap di daerah   Sabak Bernam (1945), Banting (1951, Kajang (1947), Kelang (1950), Kepong (!948), Hulu Langat (1959), Petaling (1954), Rawang (1960), Sepang (1963), Kuala Selangor (1963), Hulu Selangor (1961), Tanjung Karang (1974) dan Gombak ( 1974). 


EXTRACTED FROM:
http://nizamdascout.blogspot.com/2008_12_01_archive.html

Anugerah Lencana Keris Perak 2013

Terima kasih kepada semua Penolong Pemimpin Pengakap sekolah ini. En.Tanasegar, En.Khirul, Pn.Krishnakumari dan Pn.Vanaja
Gambar bersama pemimpin pengakap Kumpulan 55/ Kuala Langat, En.Ravichandran Topekan pada 8/9/13

Tahniah! Sekali lagi ahli pengakap Kumpulan 55 Kuala Langat telah menyertai perkhemahan Ujian Lencana Keris Perak yang telah diadakan di SK Sungai Manggis, Banting pada 6-8 September 2013. Seramai 2 orang ahli telah berjaya menyelesaikan tugasan dalam buku log pengakap dan memperolehi Lencana Keris Perak iaitu adik Pavethrra A/P N.Kumaran dan Vasundra A/P Sankaran masing-masing dari Tahun 5 / 2013. Walaubagaimanapun murid Tahun 6 seramai 4 orang  tidak dapat menyertai perkhemahan memandangkan Ujian UPSR akan menjelang 2 hari lagi selepas perkhemahan tersebut..........
 'ONCE A SCOUT ALWAYS A SCOUT'

Ahad, 28 Julai 2013

PINGAT JASA PENGAKAP KEPADA GURU BESAR

Pada 27/7/2013 jam 6.30-7.30 pm Guru Besar SJK (T) Sungai Buaya, Pn.Saraswathy A/P Anthony telah diberi Anugerah PINGAT JASA PENGAKAP. majlis telah berlangsung di kediaman Dato Shafie Bin Salleh bertempat di Morib, Banting, Selangor. Tahniah dan semoga kerjasama pihak sekolah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia terus berkekalan.


 

 

Rabu, 24 Julai 2013

PEMIMPIN DAN PENOLONG PEMIMPIN KUMP 55 K/LGT

LORD BADEN POWEL (BAPA PENGAKAP)
KETUA PENGAKAP NEGARA
DATUK SERI PADUKA DR SHAFIE BIN SALLEH

TN.HJ.ISHAK BIN HJ JONID
- PESURUHJAYA PENGAKAP SELANGOR
EN.MUHD.NAZRI BIN JAAFAR
PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH - MULAI JAN 2013

Inilah barisan pemimpin dan penolong pemimpin Kumpulan 55 K.Langat, Selangor pada tahun 2011 -2013.
EN.RAVICHANDRAN TOPEKAN -
PEMIMPIN PENGAKAP  & PENGASAS KUMPULAN 55 KUALA LANGAT. BELIAU JUGA ADALAH  
ADC PKK DI PPM DAERAH KUALA LANGAT MULAI JAN 2013
EN.KHIRUL ANUAR- PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP
  PN.S.KRISHNAKUMARI- PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP
EN.TANASEGAR - PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP
PN.VANAJA - PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP



ANUGERAH DAN PENCAPAIAN PENGAKAP

Ahli PKK Kumpulan 55 Kuala Langat bergerak aktif sejak tahun 2011 sejak didaftarkan dengan rasminya. Ramai ahli yang aktif berjaya mendapat Lencana Keris Gangsa. Berikut adalah senarai ahli PKK yang telah mendapat LENCANA KERIS GANGSA, LENCANA PELUKIS DAN LENCANA PEMBACA BUKU.

BIL   NAMA                                                     LENCANA                               TAHUN

1       PAVITHRA A/P RAMACHANDRAN   LENCANA KERIS GANGSA    2012
2       NAVEENDRAN A/L GANESAN          LENCANA KERIS GANGSA    2012
3      THURGA A/P KARUPIAH                     LENCANA KERIS GANGSA    2012
4      EOGARASI A/P KRISHNAN                 LENCANA KERIS GANGSA    2012
5      AGILESWARAN A/L ARUMUGAM      LENCANA KERIS GANGSA    2012
6     LOGHINDRA PRAKASH RAO               LENCANA KERIS GANGSA    2012
7     POOVARASI A/P GUNASEKARAN      LENCANA KERIS GANGSA    2012
8     VILLINA A/P MURALI                            LENCANA KERIS GANGSA    2012
9     VASHNAVI A/P KUMARESAN             LENCANA KERIS GANGSA    2012
10   VASUNDRA A/P SANKARAN              LENCANA KERIS GANGSA    2012
11   PAVEETHRA A/P N.KUMARAN           LENCANA KERIS GANGSA    2012
12   SHALINI A/P KARTIGESU                    LENCANA KERIS GANGSA    2013
13   PAVITHRA A/P RAMACHANDRAN    LENCANA PELUKIS                 2012
14   PAVITHRA A/P RAMACHANDRAN   LENCANA PEMBACA BUKU   2012
15   EOGARASI A/P KRISHNAN                 LENCANA PELUKIS                 2012
16   EOGARASI A/P KRISHNAN                LENCANA PEMBACA BUKU   2012
17  VASUNDRA A/P SANKARAN                  LENCANA KERIS PERAK    2013
18  PAVEETHRA A/P N.KUMARAN               LENCANA KERIS PERAK    2013
      

Selasa, 16 Julai 2013

Tayangan Ikatan Asas Pengakap

Sila tonton video ikatan asas pengakap.
Dioganal Lashing untuk gajet
Chinese knot
Swiss seat



PKK KUMPULAN 55 KUALA LANGAT


ANUGERAH LENCANA KERIS GANGSA PENGAKAP KANAK-KANAK 2013



Seramai 12 orang PKK Kumpulan 55 K/Langat, Selangor telah menerima Lencana Keris Gangsa setakat June 2013.  Seramai  2 orang PKK telah mendapatkan Lencana Keris Perak setakat September 2013. PKK Kumpulan 55 K/Langat, Selangor telah didaftarkan pada 6 SEPTEMBER 2011 oleh pemimpin, En.Ravichandran Topekan. No Pendaftaran sekolah adalah M10275.
























Penerima Lencana Keris Gangsa 2013 bersama Pemimpin, En.Ravi (tengah) dan Penolong Pemimpin En.Tanasegar (kiri) serta Pn.Krishna (kanan)