SEJARAH SEKOLAH



        Sekolah ini  mula beroperasi sejak tahun 40-an.  Pada 1.1.1969, sekolah di Ladang Bandar dan Ladang Eng Hong telah disatukan. Pada tahun 1975, kerajaan telahmendirikan sebuah   sekolah baharu bagi memudahkan murid-murid dari Ladang Eng Hong, Ladang Bandar,  Kampung Sungai Buaya dan Serdang Belah mendapat pelajaran. Bangunan sekolah ini telah  dirasmikan oleh YAB Dato Hormat Rafie, Menteri Besar Selangor ketika itu pada 17.7.1976.

      Keluasan tanah sekolah ini ialah seluas 5 ekar, sebuah kantin , 4 bilik darjah, bilik guru besar, pejabat dan sebuah padang yang luas. Pada tahun 2004, sekolah ini telah mendapat  tambahan 2 bilik darjah lagi yang terletak di belakang kantin.

     Jarak dari sekolah ke Pekan Banting hanyalah 7 kilometer sahaja. Sekolah ini  dilengkapkan dengan kemudahan elektrik, air dan telefon.Sekolah ini adalah sekolah  bantuan kerajaan dan berada dalam kategori sekolah kurang murid(SKM).

      Pada Tahun 2006, bangunan tambahan 2 bilik darjah mula beroperasi. Bermula tahun  2008, kelas PraSekolah mula beroperasi di sekolah ini. Pada tahun 2009 pula, bangunan  tambahan 4 bilik darjah mula beroperasi.

 Pembinaan menara BR1S oleh YTL bermula pada tahun 2012. Dan pada tahun 2013, menara ini telah siap dan perkhidmatan internet 4G 1Bestari telah mula beroperasi.


SENARAI GURU BESAR:




1. En. A.Kasinathan (1950)

2. En. S.A. Perumal (1950-1968)
3. En. M.Kalimuthu (1968-1979)
4. En. S.M Thangamuthu (1980-1984)
5. En.V.Seemaraja (1985-1993)
6. En. RP Rangasamy (1993-1998)
7. Pn.S. Rukumani (1998-2008)
8. Pn.A.Saraswathy (DIS 2009-Skrg)

 






Tiada ulasan: